“Ipoh Kueh Teow” yang terkenal itu merupakan sejenis makanan istimewa yang dibanggakan oleh penduduk-penduduk Ipoh.
 

“Kualiti Terjamin” merupakan simbol reputasi baik kami. Mulai dari pemilihan bahan mentah dan proses pengilangan sehingga pembungkusan......
 
     
   
     
     
 

Sesuatu enterpris perlu mengikuti perkembangan-perekembangan yang terbaru  untuk mencapai pertumbuhan  Sungguhpun kemudahan fizikal dapat meningkatkan kecekapan operasi, tetapi ia perlu dilengkapi oleh infrastruktur tak ketara untuk mencapai perkembangan keseluruhan. “Ipoh Kueh Teow” telah mengadakan pengurusan yang modern, saintifik dan berdasarkan data.

Kami mempunyai struktur pengurusan lengkap yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Pemasaran, Pentadbiran, Penyelidikan & Perkembangan dan Pengilangan. Kami telah mengamalkan pengurusan saintifik yang berdasarkan data dengan sepenuhnya. Dengan data-data yang diperoleh daripada bahagiana-bahagian itu, kami lebih memahami kedudukan operasi Syarikat yang benar.

Di bawah pengurusan saintifikm data-data dapat membantu enterpris beroperasi dengan lebih berkesan. Misalnya, pengeluaran di bawah sistem “Birokrasi”, penciptaan “Rantaian Nilai” dan pengaturan “Sistem Logistik” memerlukan sokongan data yang tepat. Data-data diperlukan untuk kecekapan yang lebih baik, kualiti yang lebih stabil dan pengeluaran yang lebih lancar.

Dalam jangka masa yang singkat, kami akan berusaha menuju ke pencapaian Sijil ISO untuk Pengurusan Kualiti dan Keselamatan Makanan. Kami percaya kami telah sampai ke suatu peringkat  pertumbuhan yang memerlukan pengurusan yang sofistikated dan sistem pengeluaran yang berdasarkan data untuk mencapai operasi yang saintifik.

 
  Copyright 2009 by Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn. Bhd.
All Rights Reserved.