“Kualiti Terjamin” merupakan simbol reputasi baik kami. Mulai dari pemilihan bahan mentah dan proses pengilangan sehingga pembungkusan......
 

Seperti yang diketahui ramai, “Ipoh Kueh Teow” (juga dikenali sebagai Ipoh Sha Hor Fun dalam Kantonis) disanjung sebagai Sha Hor Fun yang paling baik di negara ini.
 
     
   
     
     
 

Kini, kami mempunyai 5 tertib pengeluaran di kilang. Setelah diadakan beberapa inovasi dan inisiatif untuk automasi, operasi manual dalam proses pengeluaran telah dikurangkan sehingga tinggal 20% sahaja manakala yang lain semua dibuat dengan mesin.

Pengeluaran yang bersih merupakan salah satu prinsip utama yang kami berpegang teguh. Kami telah menetapkan piawai kebersihan yang perlu dipenuhi oleh persekiataran kilang, pakaian pekerja dan hahagian pembungkusan dan pengangkutan. Seorang pekerja akan disemai konsep kebersihan yang betul sebaik sahaja ia melaporkan diri pada hari pertama sebab Syarikat kami terikat kepada pembekalan makanan yang bersih dan selamat sepanjang masa.

Semua tertib pengeluaran kami sentiasa dalam keadaan yang paling baik agar dapat memenuhi segala pertambahan permintaan bila-bila sahaja. Pengalaman yang banyak kami dalam bidang ini serta reka bentuk yang baik jurutera mekanikal  mendatangkan kejayaan ini. Walau permintaan dalam musim perayaan banyak, kami dapat menyiapkan produk-produk mengikut jadual demi mengekalkan reputasi Syarikat kami.

Sungguhpun sistem pengeluaran dan kelengkapan kami baik, kami tidak berasa puas sahaja dengan pencapaian ini, malah akan terus berusaha untuk memperoleh pengingkatan dalam semua aspek. Diharap sistem pengeluaran kami seperti tomato hijau yang sentiasa bertumbuh dan tidak akan menjadi terlampau masak.

 
  Copyright 2009 by Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn. Bhd.
All Rights Reserved.