Ipoh Kuey Teow bukan sahaja makanan kegemaran orang-orang Cina, tetapi juga makanan yang tidak asing lagi kepada kaum-kaum yang lain.
 

Seperti yang diketahui ramai, “Ipoh Kueh Teow” (juga dikenali sebagai Ipoh Sha Hor Fun dalam Kantonis) disanjung sebagai Sha Hor Fun yang paling baik di negara ini.
 
     
   
     
     
 

Ipoh Kueh Teow (Sha Hor Fun) yang terkenal ini bukan sahaja disanjung tinggi di negeri ini, tetapi juga telah dikenali ramai di seberang laut. Dari semasa ke semasa, terdapat laporan khas yang dibuat oleh media tempatan. Di samping itu, media dari negeri asing yang tertarik oleh namanya datang ke negeri kita dan membuat laporan tentang Kueh Teow dengan mendalam. Dengan ini, Ipoh Sha Hor Fun telah diperkenalkan kepada pembaca-pembaca negeri lain dan menjadikannya makanan yang terkenal antarabangsa.

Media asing tersebut termasuk majalah gastronomi Hong Kong yang masyhur yang bernama “Yam Sit Nam Nooi” (secara harfiah bermaksud Makanan dan Minuman untuk Lelaki dan Wanita) menyiarkan laporan khas mengenai “Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn Bhd”. untuk memperkenalkan Ipoh Sha Hor Fun kepada penduduk-penduduk Hong Kong.

TVB Hong Kong juga pernah menghantar sepasukan filem untuk membuat film mengenai “Ipoh Kueh Teow” bagi rancangan “Yat Yat Yau Sit San” (secara harfiah bermaksud Bersama Gourmet Hari-hari) yang dihoskan oleh seorang gourmet terkenal antarabangsa En. Liang Wen Tao yang juga dikenali sebagai “Sit San” (Gourmet yang terbijak). Juruacara bersama bagi acara ini ialah seorang artis wanita TVB Cik Guan En Na. Jadi, Ipoh Kueh Teoh dapat diperkenalkan kepada orang-orang Hong Kong.

 
  Copyright 2009 by Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn. Bhd.
All Rights Reserved.