“Ipoh Kueh Teow” yang terkenal itu merupakan sejenis makanan istimewa yang dibanggakan oleh penduduk-penduduk Ipoh.
 

Sesuatu enterpris perlu mengikuti perkembangan-perekembangan yang terbaru  untuk mencapai pertumbuhan  Sungguhpun kemudahan fizikal dapat meningkatkan......
 
     
   
     
     
 

Ipoh Kueh Teow bukan sahaja makanan kegemaran orang-orang Cina, tetapi juga makanan yang tidak asing lagi kepada kaum-kaum yang lain. “Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn Bhd” bukan kejayaan dicapai dengan tiba-tiba sahaja. Ia adalah hasil daripada usaha dan kerja berat tiga generasi keluarga kami.

“Ipoh Kueh Teow” telah diasaskan pada 1959 oleh datuk keluarga Ng di sebuah rumah kayu di Pasir Putih, Ipoh. Oleh kerana masa itu mesin-mesin tidak maju serta kurang, semua kerja dijalankan oleh manusia dengan alat-alat yang ringkas. Pengeluaran sehari tidak banyak dan keluarga Ng dapat mencari nafkah cukup-cukup sahaja daripada “kulit bihun kukus” yang dibuat daripada beras ter kisar.

Perniagaan diwarisi oleh anaknya kemudian dan bermulalah era generasi kedua. Selepas bertungkus lumus mengusahakan perniagaan ini bertahun-tahun, pada penghujung 90’han, operasinya di pindahkan dari rumah kayu ke sebuah kilang perusahaan yang dilengkapi dengan jentera dan pengeluaran dijalankan dengan semi-automasi.

Dalam tempoh ini, lebih sepuluh orang staf dan beberapa van telah ditambahkan. Pengeluaran harian pun dipertingkatkan ke 3 tan. Usaha-usaha kami dalam dekad-dekad yang lalu telah meletakkan asas yang kukuh bagi perniagaan keluarga Ng yang diturunkan oleh generasi-generasi yang lalu.

Perniagaan keluarga kini dalam tangan generasi yang ketiga. Dengan ilmu pengetahuan yang diperoleh di universiti, keturunan generasi ini bukan sahaja menukar “Ipoh Kueh Teow” kepada perniagaan korporat, tetapi juga menyediakan sistem pengeluaran yang berasaskan data dan berjaya membawa perniagaan keluarga  ke satu batu tanda jalan baru.

Perniagaan generasi yang ketiga ini telah dikembangkan lagi manakala pasarannya juga diluaskan. Pada tahun 2006, sebuah kilang baru yang terletak di Kawasan Perusahaan Jelapang, Ipoh, telah dibeli dan dikendalikan dengan pengurusan saintifik yang modern. Kilang ini mempunyai beberapa tertib pengeluaran dan staf beberapa puluh bilangannya yang ditugaskan untuk menghantar produk keluaran kami di setiap tempat jualan dengan van.

Generasi yang ketiga bukan sahaja menukar “Ipoh Kueh Teow” kepada perniagaan korporat dan memulakan sistem pengeluaran berasaskan data, tetapi juga membawa perniagaan ini ke “Peringkat Perkembangan” yang peuh dengan persaingan. Dalam zaman yang bersaingan hebat ini, keperluan kualiti kami, pengurusan operasi, sistem pengeluaran dan lain-lain telah menyumbangkan kepada kualiti “Ipoh Kueh Teow” kami yang tidak ada tandingnya.

 

 
  Copyright 2009 by Ipoh Kueh Teow & Noodles Sdn. Bhd.
All Rights Reserved.